<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


• Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.......... • Wanita itu sendiri adalah rahsia

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Sunday, June 15, 2008
ngetest gambar
[img]http://i300.photobucket.com/albums/nn5/zhaieliz/DSCF3333.jpg[/img]



Posted at 05:12 pm by zhaieliz
Make a comment  

 
Tuesday, January 22, 2008
Kawan ku kata....
Ada beberapa nasihat dan kata-kata kawanku yang masih segar dalam ingat an sehingga kini. Kawan-kawan ku pernah berkata :-

i.   "Apa erti sahabat yang baik...?" Bila aku menggeleng dia menjawab...    
    "Sahabat yang baik adalah bila kita lihat dia, kita ingat kepada Allah".
       - Kata-kata ini dibisikkan oleh kawanku pada satu malam semasa salam
         berjemaah usai solat isya' berjemaah di surau MRSMKT. (Tahun 1996)

ii.   "Takpelah.... Sabar itu manis rasanya"
       - Kata-kata ini diucapkan oleh sahabatku Wani semasa aku merungut
          kerana masih belum menimang cahayamata. (DPA-Tahun 2006)

iii.   "Kalau rasa lapar.. orang kata minum air masak banyak2..."
       - Yang ni pulak kawan ku Azrul Nahar yang bagitau bila aku kata aku
          lapar masa dalam dewan satu seminar di Putrajaya..heh.(Tahun 2007)

Aku catatkan di sini agar tak lupa sampai bila-bila...

Posted at 03:31 pm by zhaieliz
Make a comment  

Who Moved My Cheese?
Everyone will go through changes in life whether in work place or in social life. Let's us think of what we want in life as cheese and maze as where we look for what we want.

Sometimes as we feel comfortable and complesant with our cheese, we didn't realize that the cheese is getting smaller. We don't want to go out to the maze again as we are afraid of getting lost and tired.

We kept hovering and lingering over the decreasing in volume of cheese until one day we found that our cheese has dissappear. Then we will think, 'who moved my cheese?', 'why they moved my cheese?' and all sort of question that make us stress and angry. We kept hoping that  whoever took the cheese will put it back and we can have our precious cheese again.

The situation is very similar with one of department  that I'm dealing with...but I don't want to comment it here.. heh..

As a human being, we should not resist to changes. Changes is essential and fundamental in order to keep us productive and effective. Without changes we will become static and  frozen. Sometimes we will face 'changes' that lead to happiness but quite often that changes lead us to difficuties (at first). Just don't resist, accept whatever the changes is and adapt ourselves to it.

Dah lah..... tak tau nak tulis apa dah.. hehe...

Posted at 02:50 pm by zhaieliz
Make a comment  

 
Friday, January 18, 2008
Kak Wan's Menu
Kat tempat kerja aku ada gerai ala-ala pantri gitu bertempat bahagian belakang tingkat dua. Pemilik gerai ni adalah Kak Wan.. Mek Kelate yang baik hati. Baru-baru ni Kak Wan dapat tukang masak baru... orang thailand dan pernah kerja dengan kedai makan di Pantai Dalam. Jadi aku pun cuba lah menu ala carte yang dijangkakan sedap...




Ni kue teow tomyam yang aku order beberapa minggu lepas. Boleh tahan jugaklah, banyak isi... Cuma komen aku ia terlalu cair dan tak berapa umph... rase tomyam tu.
Macam pengkritik makanan pulak aku ni...



Posted at 10:42 am by zhaieliz
Be the 2nd to comment  

 
Thursday, January 17, 2008
Air Tangan CC & Kak Nor
Ha.... cuba teka apakah ini ?? Apa perasaan korang tengok 'benda' ni?



Perasaan lapar ke? atau perasaan kecur air liur........

Inilah roti jala  di curahi dengan kari ayam tanpa santan buatan CC Masitah. Sedap sangat... Masa menaip ni pun dah terliur... Kuah kari ayam tu pekat dan cukup rase rempah ratusnya.. Untungnya lah aku dapat CC yang rajin masak-masak ni.. Sedap plak tuh....



Ni pulak kek batik buatan EO aku...  Puan Siti Norhalijah... atau lebih mesra dipanggil Kak Nor. Kak Nor ni pun satu kepala ngan CC. Suka sangat anjur acara makan-makan... tapi biasanya diaorang jer yang sumbangkan makanan.. yang lain tukang makan jer...  Bila lah aku boleh jadi macam diaorg.... :)

Posted at 02:35 pm by zhaieliz
Be the 2nd to comment  

Sedapnya Sotong Goreng Fresh & Sata kat Kemaman
08 & 09 Disember 2007  aku  & hubby joint Treasure Hunt PPTD. Turut sama dalam keter aku tu adalah Emma & Yati. Laluan untuk Treasure Hunt ni dari Masjid Putra Putrajaya hingga ke Kampus INTAN Wilayah Timur (INTIM). First time joint.. rase seronok n semangat. Ingatkan boleh menang sebab macam dapat jawab byk soalan n sampai awal tapi rupanya ramai yang lebih biasa dan 'familiar' ngan 'game' ni.

Apa yang aku nak highlight kat sini .. petang kami sampai tu kami keluar nak cari sata n kopok lekor. Akhirnya kami jumpa satu kedai yang ramai orang dan memang dah terkenal kat situ.. Iaitu kedai 'AZIZ SATA'... Apa yang boleh aku cakap.. 'Sedapnya Sotong Goreng Fresh & Sata kat Kemaman'... Kalau aku gi sana lagi... Insya Allah akan singgah di sana lagi.



Ni lah dia Sotong Goreng yang best tu.. Sotong baru tangkap tu... heh..



 Ni pulak Sata.. rase dia rase ikan lah.... tapi manis skit and of course pedas...



Sotong Goreng dan Sata tadi diregukan dengan Air Kelapa ni.. Sungguh Nyaman...

Terasa macam dalam rancangan 'Jalan-jalan Cari Makan' lah plak... :)

Posted at 11:33 am by zhaieliz
Make a comment  

 
Wednesday, January 16, 2008
Rojak & Cendol Sedap kat Jalan Ampang Hilir
Dekat ngan rumah aku.. kat Jalan Ampang Hilir ada mamak jual rojak dan cendol yang sedap. Nama dia Rojak Din Antarabangsa. Dia jual guna van jer tapi ada disediakan meja dan kerusi untuk lepak2 kat situ. Dulu tempat dia kat tepi tasik.. tapi sebab ada projek upgrading tasik maka mamak ni diberi tempat seumpama 'carpark' tak jauh dari situ.Tempat ni lebih strategik dan senang untuk parking.. lebih selesa dan luas. Sekarang ni mamak ni siap pasang signboard lagi kat gate masuk ke kawasan dia berniaga..


Kuah rojak ni sedap.. cuma yg slack sikit tepung dia tu ada skit keras juga..



Yang Cendol ni plak sedap  sangat masa waktu panas terik.. Bila panas jer mesti teringat cendol ni... slurpp... slurpp....




Posted at 04:59 pm by zhaieliz
Be the 2nd to comment  

 
Wednesday, December 05, 2007
LUPA ALPA
Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan pada Ilahi...

Kadang2 malah seringkali aku lupa nikmat dan kurnia Ilahi kepada diri sendiri melebihi apa yang tidak diperolehi, sedangkan apa yang belum diberi merupakan satu hikmah kerana Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

'Ya Allah. janganlah kau biarkan aku mentadbir diriku sendiri walau dalam kadar sekelip mata sekalipun, sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku sendiri'.





Posted at 11:52 am by zhaieliz
Make a comment  

JINAK-JINAK
Satu permulaan...

Tak pernah lak terpikir.....

Dorongan daripada seseorang yang hensem(?)....

Bagus jugak ada benda baru untuk diteroka....

Belum ada temanya ek?...hmmm....

Harapan.......... semoga ada manfaatnya...

Terima kasih kepada yang sudi berkongsi....


Posted at 09:15 am by zhaieliz
Make a comment  

Next Page